Lulus. Celebrate. Auwwmmmmmm!

Pandang ke luar tingkap matahari terik betul2 terasa. alhamdulillah baru didunia. diakhirat tak tahu berapa panas. bukak facebook new feeds semua pasal Hari Guru. nak ucap jugak walaupun umur dah tua. Selamat Hari Guru kepada guru saya yang mengajar saya dari tadika sampai ke tingkatan 5. nah ambil neh hadiah. muuaaaaaccchhhhhhh! weeeeee.

Harini tak sekolah lah brader sebab penat ah brader. aku cakap dgn siapa neh brader2? bila buka dashboard. kenapa ramai yang privet blog neh? something? ahhhh whatever. nampak tak background dah tukar header dah tukar? bosan apabila lama punya jadi lama lama. kan? jangan gelak kalau tak cantik. apa peduli kalau bagi aku cantik? ayat aku serupa orang berlagak.

Ni sebenarnya nak cerita pasal apa ni? cerita pasal lesen ah kak eya oi. ouh lupa lupa. tiba tiba sangkaan aku untuk buat dialog cerita tapi tak sepandai kak novel. keybord makin berpeluh menandakan dia sudah bosan menelaah cerita aku. balik2 aku. balik2 makcik blog. pakcik sudah diambil google jadi makcik lah blog neh.

Tarikh 14/5. malam sebelum aku tidur ayah sempat menegur, cuit

"Esok pukul7 dah kena siap"
"Ha? awal nye? errgghhhh"

Aku apa lagi. tidur cukup sempurna. awal jam11.00 . itu sudah terlalu cukup awal. otak mula pening tiba tiba. takut. takpe. cool. tak boleh. macam mana? 123 tarik nafas. hembus perlahan lahan. aaahhhhhh tak boleh. muka masih dalam keadaan cool. aku bagun tepat jam 6. sempat lagi tidur. teehheeee.

Sudah2. bangun. jam 6.30 ayah aku kejutkan. solat. terus mandi manda. mandi manda? sempat lagi.

5 minit kemudian................... sampai. jantung bagai nak gugur. sudah gugur pun tapi sempai aku capai. jangan gelak. ini pernah terjadi pada korang kan? giliran aku 31.

Sampai lah aku ditempat lesen itu. aku pergi ditempat ruang menuggu. 10 minit aku duduk. menguap, mengantuk, lapar, punggung hampir bengkak bengkok. nombor yang awal masih dalam proses ujian. giliran aku belum lagi. 10 minit kemudian........

'Nombor 31 hingga 50 sila bangun dan pergi kebelakang'

Mengelabah lah kak eya ni nak pergi kebelakang. giliran yang pertama pulak tuh. tup tup tup. lepas buat 3 perkara yang wajib. kak eyaa lulusssssssssss! yayayayayayayayyayaya! dalam hati menjerit sekuat hati. rasa nak lompat2 peluk tiang. tiang? boleh apa. cina yang mengajar itu tanya aku.

'Safiyyah? okay?
'Okaayyyy!' senyum lebar aku sampai lesung pipit jadi besar. itu tipu :)

Dan seterusnya. dijalan raya. jantung aku lagi bertambah kencang. subhanallah terasa sampai keluar. tiba tibaaa...... ha? ada mamat accident? astagfirullahalazim apa sudah jadi? kemek kereta tu. jantung aku? makn kencang. relax kak eya. relax. tak akan jadi apa apa kalau cool. baiklah aku cool. itu lulus punya pasal.

'31 !'

Mula lah ni. mula lah ni. dalam hati aku hanya berdoa supaya dapat orang yang baik dan alhamdulillah aku dapat yang baik tapi masa aku tengah drive sempat lagi pakcik tu ceramah pasal aurat. alhamdulillah masuk dalam hati.

'Nak lulus tak?'
'Nak!'
'Ape? tak nak?'
'Naaaakkkkk!'

Dan aku pun lulus. markah 19/20. teheeeeeee. dan malam tu ayah bawak aku pergi kedai makan. nama kedai makan tu Yok Mampir. berdekatan dgn rumah aku. dalam 5 minit sudah sampai. bila sampai. seorang pemuda memanggi aku

'Eh, Najwa Latif lah. muka macam Najwa Latif'

Aku pun apalagi tersipul sipul malu konon nya. tak diduga dipanggil Najwa Ltif. sebenarnya tak minat sangat pun si dia tu bukan tak suka harap maklum. tak minat! okay.



Aku hanya dapat ambil gambar sedikit. dan camera pun berkualiti rendah. dan muka pun malu malu kucing. ada kucing disitu jadi kucing sekejap.

Kabur -.-

Motif?



Sizling yee mee(beef). Gua order


Makanan kat situ semua sedap2 belaka. sebenarnya banyak lagi yang ayah order. chicken chop.  sosej dan macam2 lagi. aku kekenyangan perut membesar bak kata orang aku dah gemuk. diet! im coming. ahaks

then, bai Assalamualaikum 

0 kata si comel:

Post a Comment