Sopi.

SalamMaalHijrah. Azam baru?

Salam. Assalamualaikum. Bersempena Maal Hijrah haruslah aku buat post di blogger. Tak pernah hilang diingatan mahu wish untuk semua.


Hilang sebenar nya mood aku tapi tidak mengapa aku bisa lagi menaip sebaiknya. Azam baru aku pada tahun baru ini adalah untuk menjadi seorang Muslimah. Tidak kisah aku berada dimana sekarang ini. Mahupun ditengah tengah dosa atau lembah maksiat, lindungi lah aku supaya aku bisa menjadi seorang yang taat pada perintah Allah. Semoga dosa aku yang lampau dihapuskan. Moga moga.

********************************

Tentang siapa dihati, aku boleh tidak langsung memikirnya, aku buat tidak tahu. Aku buat seperti endah tidak endah. Jodoh itu sentiasa ada. Mungkin kau tidak tahu, yang aku pernah patah hati. Seperti yang aku suka pada ayat ini :

Im single because Allah is busy writting the best love story for me.


 Yes, the BEST for me.

********************************

Aku sebenarnya tidak layak berada di tengah tengah mereka.

Untuk kata akhir, untuk tamatkan menaip ini. Aku ingin ucap Salam Maal Hijrah untuk semua yang membaca blog ini, yang tidak baca pun turut sekali aku ucap. Terima kasih yang setia blogwalking. Terima kasih yang setia membuka link blog yang tak seberapa ini. Terima kasih lagi. Dan semoga azam baru anda tercapai. Jika tak tercapai, usaha lah. Usaha itu tangga kejayaan.

*******************************

Bukan dalam keadaan baik sebenarnya. Assalamualaikum.

Coklat "Crispy" *Memory.

Hari ini. Bangun dari tidur aku terus buka peti ais. Rasa amat geram apa yang aku lihat saat itu.

Me: Mana pergi coklat crispy aku ha ! !

Adik: Kita tak makan ok.

Dan aku tanya yang lain.

Kau eh yang makan? ! !

Adik: Mana ada ! Kita pergi sekolah kan?

Aku apalagi pegang penyangkut baju. Macam gangster dibuatnya. Gara gara coklat orang beri. Sebenarnya aku acah sahaja.

Mengaku cepat sekarang semua ! Sebelum kena lagi teruk.

And sunyi sepi. Masing masing tidak menjawab. Aku apa lagi langsung sahaja tunaikan solat Maghrib.

2 minit kemudian.........

Ayah pulang dari Masjid. Adik adik aku bertanya pada ayah. Tapi aku tak dengar. Aku didalam bilik. Dan tiba tiba.

Adik: *buka pintu* "Ayah lah yang ambil coklat tu"

Dan aku macam rasa.............

"Ha cakap kat ayah nanti akak rotan ayah"

Dengan muka selamba ayah datang dari bilik. Aku apa lagi tutup muka guna bantal. Tanpa banyak bunyi ayah terus hempap badan aku.

Ayah: "Ohh nak rotan ayah eh" Sambil hempap badan aku guna belakang badannya. Dan sempat sengih sengih

"Ayah ! Sakit ah"

Yang lain hanya tahu gelak. Sebenarnya aku gembira dapat bergurau begitu.

I love you.

Terasa terlalu dekat.

Assalamualaikum. Ini bukan cerita cinta.


Saban hari aku merasa diri aku penuh dosa. Penuh tingkah laku tak beradab. Penuh kata kata menyakitkan. Tidak langsung aku hiraukan semua itu. Umur aku bukan tanda aku bisa hidup selamanya. Tanda apa ini? Tiap hari aku mengalami mimpi sama. Terasa dekat dengan mati. Tanda apa lagi ini? Leher aku terasa kuat bergetar. Tanda apa ini? Tanda apa ini? Aku takut pada asalnya tapi aku lupa tanggungjawab aku pada kemudiannya.

Aku jenguk sekeliling rumahku, seperti aku sudah nekad untuk ambil peduli. Aku tertanya, apa itu mati? Adakah cukup saat ini pahala aku. Tapi, kesedaranya adalah aku masih lagi ingin berseronok di muka bumi ini. Ganjaran akhirat aku langung tak ambil kira. Terasa kejam diri ini memikirkannya.

***********************************************

Bimbinglah aku. Assalamualaikum.

Kerdil.

Assalamualaikum. Hai. Saya dah banyak pimple tu tu nampak tak? Saya mengalami pening kepala sekarang ini. Nak panadol. Nak Umie urutkan mata ini. Manja tak bertempat aku.


Entry kali ini aku mungkin agak merendah diri. Aku tak mahu lihat sesiapa sekarang ini. Mahupun Umie. Berlagaknya aku taip serupa orang tak mengenang budi. Aku tak sanggup berdepan dengan sifat cemburu ini. Dia apa tahu? Langsung tak. Tidak salahkan kau.

Aku jujur. Aku langsung tidak butuh lelaki. Lelaki zaman hari ini langsung tak pandai menghargai. Diberi peluang pertama tapi mahu peluang kedua. Kau fikir kau siapa? Aku terlalu rasa diri ini kerdil. Aku pandang kau, kau pandang orang lain. Aku bertanya pada kau, kau menjawab dengan menoleh pada orang lain. 

Jom pergi sekolah !


Maaf. Aku tidak salahkan sesiapa. Kau kau mahupun si dia tapi tidakkah kau lihat siapa yang berdiri depan kau. Tiada berita. Tiada nyata. Aku butuh semua itu. Aku butuh kawan. Kawan yang macam mana? Kawan yang sentiasa perhati aku. Sentiasa buat aku tergelak. Sentias bercerita. Maaf tapi aku bukan perempuan yang sopan tapi aku punya adab.

*****************************************************************

Dan aku tetap dengan pendirian aku. Aku tetap aku. Assalamualaikum.

Tangan..........

Assalamualaikum. Hai. Apa khabar?

Aku nak cerita ni. Cerita benar zaman cintan cinton sekarang. Hm. Senang cerita aku tak nak banyak omong , hanya lihat sahaja gambar rajah bawah ni. Jelas?



Malu kau tidak bertempat.

Aku bukan nak mengata sesiapa. Tapi aku turut berasa sedih. Siapa si lelaki dan siapa siibu? Siapa yang lahir kita? Siapa yang menyusu kita. Siapa yang dulu kita erat? Siapa? Siapa? Lupa diri kah kau? Kau... Yang sedang berasmara hari ini. Tapi mungkin aku juga turut sebegitu. Dulu..... Tapi kali ini aku tidak lagi sanggup buat sedemikian. Jujur dari lubuk hati lemah ini.

*************************************************

Ingatkah kau siapa yang memipin tangan kita untuk melintas jalan. Ingatkah kau siapa yang risau kita terlepas tangan bila berdepan dengan jalan raya. Ingatkah kau siapa yang sentuh kita sebaik sahaja kita lahir. Kau tidak tahu? Aku beritahu. Ibu, Mak, Umie, Mama. Mereka yang lakukan seperti itu. Buatlah sedemikian. Buatlah hati mereka terguris. Pasti balasan datang.


Semoga aku bisa lagi memegang tanganmu Umie.

***********************************

Maaf dengan kata kata aku kali ini. Assalamualaikum.