Tangan..........

Assalamualaikum. Hai. Apa khabar?

Aku nak cerita ni. Cerita benar zaman cintan cinton sekarang. Hm. Senang cerita aku tak nak banyak omong , hanya lihat sahaja gambar rajah bawah ni. Jelas?



Malu kau tidak bertempat.

Aku bukan nak mengata sesiapa. Tapi aku turut berasa sedih. Siapa si lelaki dan siapa siibu? Siapa yang lahir kita? Siapa yang menyusu kita. Siapa yang dulu kita erat? Siapa? Siapa? Lupa diri kah kau? Kau... Yang sedang berasmara hari ini. Tapi mungkin aku juga turut sebegitu. Dulu..... Tapi kali ini aku tidak lagi sanggup buat sedemikian. Jujur dari lubuk hati lemah ini.

*************************************************

Ingatkah kau siapa yang memipin tangan kita untuk melintas jalan. Ingatkah kau siapa yang risau kita terlepas tangan bila berdepan dengan jalan raya. Ingatkah kau siapa yang sentuh kita sebaik sahaja kita lahir. Kau tidak tahu? Aku beritahu. Ibu, Mak, Umie, Mama. Mereka yang lakukan seperti itu. Buatlah sedemikian. Buatlah hati mereka terguris. Pasti balasan datang.


Semoga aku bisa lagi memegang tanganmu Umie.

***********************************

Maaf dengan kata kata aku kali ini. Assalamualaikum.

0 kata si comel:

Post a Comment