Sejarah silam.


Dulu dulu, aku juga punya cinta. konon nya cinta sejati tapi aku tak matang. langsung tak matang tapi dea terlalu baik untuk aku. dia cinta pertama aku tapi bagi aku macam tiada apaapa. biasalah tak matang. dia baik. sangat baik. baik gilaa. aku rasa aku masih belum jumpa lelaki sebegitu.

Aku bersama dgn dia hanya 6 bulan. mula mula dia memang terlalu sempurna bagi aku tapi entah kenapa bila lama lama aku mulai bosan. sikap dia terlalu jiwang dan aku terus tinggalkan dia tanpa sebab. Yaallah egonya aku. dan aku tahu dia menangis. menangis kerana aku.

Dulu aku tak sedar jikalau lelaki menangis kerana seorang perempuan bermakna dia terlalu cinta. dulu aku langsung tak peduli dia nangis atau apa. kejam sungguh aku.

Selepas aku tinggalkan dia dia sering mengekori aku, ikut segala rentak aku kemana. ahhhhh rimas! sungguh keji aku yang aku tidak tahu ada lelaki yang begitu mencintai aku. dia mempunyai ciri2 yang aku suka. tidak merokok.

Dan selepas itu aku sering dilukai oleh lelaki buaya darat. baru aku sedar, aku menyesal. Allah tunjukkan pada aku yang betapa sakitnya hati kau. tapi Alhamdulillah aku kuat dan aku dapat atasinya.

Walaupun sekarang aku tiada apa2 perasaan terhadap kau tapi aku ingin meminta maaf. maafkan aku. mungkin belum terlambat. dan paling buat aku tersenyum kau sudah dapat pengganti. aku juga. aku sudah ada pengganti. Alhamdulillah. semoga bahagia.

Mengharap kau baca :)

Ikhlas,
eyyaakaylee.

0 kata si comel:

Post a Comment