Detik demi detik.


Assalamualaikum.

Buat masa ini aku tak bisa nak online memanjang memandang sangat banyak aku kena hafal ayat al-Quran. Ni konon nak lancar jadi............. Aku hanya bisa online sebentar. Mana tahu nanti hasil aku puas hati.



Dalam bulan aku memang terlalu banyak dugaan. Terkena tempias orang lain pun aku dapat. Apa lagi dugaan sendiri. Sedangkan dugaan sendiri aku tak bisa harungi.

Malam ni aku agak ada mood nak bercerita..... Bermula dari hari ini dan sebelum sebelum ini.......

*********************************************************************************

8:20 - Dosa pahalaku.

Zaman masih comelku dan kurusku.........

Tiap tiap hari aku menghitung hari. Menghitung berapa banyak dosa aku. Berapa banyak pahala aku. Aku merasakan aku banyak lakukan dosa lampau. Masa lampauku. Masa tak matangku.

Tapi aku sempat mencari pahala aku sedangkan pahala aku kecil seperti anak semut. Seperti tahi cicak. (jangan gelak). Kalau aku bisa hidup dunia selamanyaaaaaaaaa............................ Mungkin hanya mimpi.

Mungkin jika bisa aku hidup selamanyaa. Aku akan lupa diri. Aku hanya tahu apa itu dosa. Aku hanya tahu apa itu kejahatan.

Tapi kalau bisa biarlah diri aku ini dipenuhi pahala. Kalau tidak berganda. Detik demi detik sekecil. Lama lama nanti menggunuglah.

Dan aku pinta jauhkan aku dari segala goda syaitan yang kejam amat sangat. Jauhkan dari setiap tingkah laku kemaksiatan. Ini aku pohon sangat. Supaya aku bisa jadi perempuan yang boleh dijadikan isteri.

*********************************************************************************

8:28 - Cintan cintonku.


Pasal ni aku memang benci nak cerita. Lelaki siapa tak kenal. Suka hati tak hargai perasaan aku. Aku sudah cukup hargai dan sangat hargai mereka tapi mereka sangat lancar berkata berkata. Sangat suka bermain hati. Mereka memang begitu.

Aku sudah mula mual dan sudah bosan hendak bagi hati. Hati tidak pernah dijaga rapi. Curang dan curang mereka tahu. Cis.... Kurang asam. Aku malas nak ambil tahu lagi.

Siapa yang tak pernah ada cinta pertama. Aku ada. Memang walaupun pertama tapi sukar nak aku lupa. Bukan sukar nak lupa wajahnya tapi sukar nak lupa memori. Tidak lah sekacak Mario Murer tapi biasa ada rupa Melayu.

Cinta ke2 ke3 ke4 dan sebagainya aku tak anggap cinta kerana aku tak serious. Bagi aku mereka bukan dalam golongan "bekas kekasihku" tapi hanya simpananku. Wkwkwkw. Padan muka.

Dan sampai sekarang aku mungkin belum jumpa cinta sejati. Ehem ! ! ! 

Wahai bakal suamiku. Walaupun kau tak sekacak orang putih tapi biarlah aku pandang kau sentiasa badan ku sejuk. Sentiasa mataku sejuk. Biarlah nanti kita lahirkan bayi secomel aku. Dan biarlah kau jadi imam ku selamanyaa. Tapi lelaki wajib solat kat masjid. Itu wajib ! ! ! !

*********************************************************************************

8:39 - Hobi peliks ku.



Dari tajuk ni. Semua wanita suka. Lagi lagi aku. Kalau aku takde kerja aku suka make-up dalam rumah. Wkwkwkwkwkwk !

Aku suka rakam mukaku. Wkwkwkwkwkwkw. Aku suka buat tutorial. Ini aku tak nafikan. Tapi aku tidaklah hendak upload di youtube kerna aku tak sanggup tangungg risiko. Besar amat.

Orang maki aku, aku sudah mahu nangis. Ini apatah lagi mahu dengar segala tomahan.

Aku amat suka berangan. Aku mahu angan angan aku jadi kenyataan. Mana tahu bukan......... Aku hanya merancang. Tuhan nanti yang tentukan. Kalau bukan angan angan aku jadi kenyataan bukan mimpi aku yang jadi nyata. K.

 Aku paling minat pada makanan tapi aku tak mahu gemuk tapi sekarang aku dah gemuk. Ciss... Sadissss !

Aku pantang bila nampak baju cantik di shopping mall. Pashmina ! ! Tudung ! ! Kasut ! ! Tapi aku bukanlah orang yang berduit. Hanya mampu lihat. Mahu belanja? Boleh boleh :)

Dan ku suka bergamabar dengan annoying muka ku. Tak puas hati? Jangan datang dekat. Aku tak suka bergaduh...................

*********************************************************************************

8:58 - Dua tiga kata.


Aku harap dengan segala tingkah laku ku ini ada orang yang benar benar puas hati. Kalau tidak puas hati tolong bicara. Jangan bicara dengan kawan anda.

Dan aku pohon segala salah tuturku di blog tiada yang terasa kerna aku suka cakap lepas tapi bila orang lain cakap lepas aku amat terasa. Pahal.................

Baiklah. Sudah dua tiga kata ini. Malas lagi nak type panjang sangat. Idea sudah menyuruh aku berhenti jadi................... Sekian Wassalam. :)



Yang benar.





0 kata si comel:

Post a Comment